Pages

Thursday, July 29, 2010

Sejarah Al arqam

Diasaskan oleh Ashaari Muhammad.Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telahmengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islamdi seluruh Malaysia ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutansebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuahbadan dakwah yang unggul. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwahislam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.

SejarahBermula dengan 10 hingga 12 orang ahli Al-Arqam pada tahun1968 ketika ditubuhkan, kemudian bertambah kepada 40 orang ahli jemaah pada tahun1976,keahlian jemaah ini, menurut Ann Wang Seng, kemudian bertambah secaramendadak pada tahun-tahun berikutnya sehingga pada tahun 1987 jemaahitu mencatat sekitar 5,000 hingga 6,000 keahlian. Namun menurutBahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994dianggarkan seramai 6,000 pengikut yang fanatik dan 15,000 simpatisan. Utusan Melayu (4 Julai 1994) pula melaporkan seramai 10,000 pengikut.
Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971-72 diKampung Datuk Keramatdan beroleh perhatian dan penerimaan ramai setelah bertapak di Sungai Pencala pada 1973-75.
Pemimpin kananBerikut beberapa pemimpin kanan Al-Aram yang menjadi tulang belakangkejayaan pertubuhan Al-Arqam selama 26 tahun dari 1968 - 1994.


1. Ustaz Ashaari Muhammad - pengasas pertubuhan Al-Arqam
2. Akhbar Anang
3. Ustaz Mohktar Yaakob - sarjana syariah
4. Zabidi Mohamed - penasihatundang-undangAl-Arqam
5. Haji Hassan Mokhtar
6. Khairil Anuar Ujang- peguam
7. Shuib Sulaiman
8. Ibrahim Mohamad
9. Jailani Kasmani
10. Khadijah Aam
11. Khadijah Din
12. Pak Salleh


AjaranDi antara kepercayaan mereka adalah kepercayaan bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi yang telah meninggal pada tahun 1925dinyatakan tidak mati, sebaliknya masih hidup. Menurut Ustaz Ashaari, Sheikh al-Suhaimi adalahImam Mahdiyang ghaib buat seketika sebelum kembali untuk memimpin Umat Islam.Tindakan Ashaari yang mengqiyaskan (menganalogikan) Syeikh MuhammadAs-Suhaimi dengan Ashab al-Kahfi dan Nabi Khidir .


Ciri-CiriPegangan Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ashaari Muhammaddan pegangan pengikut-pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah yangdiantara lain memberi ajaran dan fahaman seperti berikut:[1]


· Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpaRasulullah saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripadaBaginda Rasulullah saw di dalam Kaabah.
· Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam Mahdi.
· Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan setaraf dengan Khulafa' Al-Rasyidin.
· Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemuisecara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang kuntuk mengesahkan sesuatu yang diperlukan oleh pengikut-pengikutAl-Arqam umpamanya mengenali siapa yang taat dan siapa yang tidak taatkepada Al-Arqam dan pemimpinnya.
· Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila diseru namanya.
· Ashaari Muhammad dipercayai, selain seorang yang soleh,wali yang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman .
· Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu saturumpun dengan keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panjiAl-Mahdi. [2]

Meluaskan PengaruhSememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harusdijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan kecemerlanganorganisasi dakwah tertentu. Tidak dinafikan aspek kewangan sangatpenting untuk keberlangsungan sesuatu gerakan, namun banyak lagi faktorlain yang perlu diambilkira seperti aspek kepimpinan, keagamaan,keilmuan dan keintelektualan, kepengikutan, pengurusan, pembinaan danlainnya. Sebanyak 52 buah kedai runcit dibangunkan di seluruhperkampungan Al-Arqam, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai buku dan alatibadat dan 18 buah restoran di seluruh Malaysia. Al-Arqam juga memiliki56 buah kilang perusahaan di seluruh Malaysia.

Pada tahun 1993,Al-Arqam mengambil langkah yang drastik dengan menumpukan perhatiankepada dunia antarabangsa. Langkah pertama adalah dengan menubuhkanAl-Arqam Group of Companies (AGC) yang menghimpunkan 22 buah anaksyarikat milik jemaah Al-Arqam. Setelah membuka pusat hubunganantarabangsa di Islamabad, Pakistandan diberi nama Al-Arqam International Centre (AIC). Pada tahun inilahAshaari mengisytiharkan terbentuknya Daulah Islam di bumi Malaysia,Indonesia dan Khurasan.

Krisis KepimpinanKrisis kepimpinan Al-Arqam bermula setelah berlakunya penyingkiran Akbar Anang pada tahun1979yang merupakan Ketua Unit Perkhidmatan Ummah. Menurut Akbar Anang,penyingkirannya bersama adalah kerana beliau mempersoalkan ajaranAl-Arqam , namun menurut Ashaari, Akbar Anang disingkirkan keranabeliau cuba membentuk pakatan yang bertujuan menyingkirkan Ashaaridaripada tampuk kepimpinan Al-Arqam. Akbar Anang memberontak danmendedahkan keperihalan Aurad Muhammadiah sehingga dihadapkan ke PusatIslam pada1979.Ashaari dilapor menafikan Kiyai Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah ImamMahadi dan berjaya membersihkan Darul Al-Arqam daripada kesangsian asas.

DiharamkanJAKIM(Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)telah melihat adanya penyelewengan akidah dalam organisasi ini. Setelahbermuzakarah dengan pemimpinnya, Ashaari Muhammad, yang pertama sekalidilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan buku Aurad MuhammadiyahPegangan Darul Arqam pada tahun1986.
Kini kumpulan Al-Arqam tidak lagi wujud kerana telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun1994,tetapi yang wujud ialah Kumpulan Rufaqa'. Kerajaan telah mengharamkankumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yangdikeluarkan pada 5 Ogos 1994. Fatwa Majlis Kebangsaan itu memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan denganakidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.

Berikutan itu Ashaari yang ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membuat pengakuan terbuka mengenai penyelewengan Al-Arqam. Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang danLabuan. Beliau dibebaskan pada 25 Oktober 2004.

Sumber : http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=433777

1 comment:

  1. assalamualaikum..alhamdulillah,terima kasih atas perkongsian ilmu,,,,

    ReplyDelete